Followers

Showing posts with label desert. Show all posts
Showing posts with label desert. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

CHOC OREO JELLY

hmmm..kali ni kite buat desert plak ea...he3...memula takut gak nak buat desert ni sbb sifu kite CMG pun gagal tuk emndapatkan hasil yg menarik..lapisannye x menjadi....hu3...

adeh..kalau dah sipu pun faiked...ape lg ler ikan bilis cam ummi ni kan....hu3....tp nasib baiklah KAK ITA buat eksperimen...and mende tu menjadi..kak ita siap bg tips camne nak dapatkan lapisan tu...and alhamdulillah..hasilnye ok lah...


tuk resepi desert ni...mmg best...cuma tuk tekak ummi ni..mcm kurang manis sikit...he3..tuk tekak babah...dia cakap ok dah sebab tang desert² ni...dia x bape nak suak klau manis sgt






CHOC OREO JELLY
resepi asal : kak ita masam manis

BAHAN² :

1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara

1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.

2. Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati.
3. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.

4. Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.

5. Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba





Saturday, June 18, 2011

PUDING TRIFFLE...


TADAAAA....
kan dah cakap..
lau MR.R ai jenguk..
semuanye akan terjadi...
he3..

mgu ni ummi bz sikit handle CONTEST...
sib baik ler ade partner..
kalau x..
mahu pengsan sambil terduduk depan pc ni..
hu3...

alhamdulillah..
sambutan yg sgt² menggalakkan...♥♥♥

mula² igt kan xde yg sudi nak joint contest ummi..
but sampai hari semalam ( khamis 17/06/11 ) dah ade 330 contestant...
itu pun ramai yg kena reject sbb x memenuhi syarat² yg ummi & partner tetapkan..

sepanjang ummi and partner kendalikan contest ni mmg mcm² ragam peserta yg ummi tgok..
contest ni terpaksa di tutup awal untuk penyertaan sbb dah terlalu ramai...alhamdulillah....
but akan di teruskan sehingga 30/06/11 tuk 'LIKE' pic...

oppsss...
lorh..
dah lari topik plak ummi ni...kan dah melalut ummi membebel..
dlm bz² ummi...sempat gak ummi wat puding triffle tuk my lovely hubby...
saje try wat..
nak tgok hubby suka x...
he3..
and cam biasa..bukan hasil keje tgn ummi sorg..
ummi kan ade chef kecik..
he3..sape laie kalau bukan AIMAN RAYYAN kesayangan ummi..
sanggup bersengkang mata semata² nak tolong ummi wat ni..
tq cayang..


TRIFFLE PUDING


BAHAN KEK SPONGE :-)


200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)

200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)

1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)

1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi


CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK SPONGE CAKE :- 
1. Satukan semua bahan kecuali mentega
 cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, 

2. putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. 

3. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. 

4. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak 

5.  bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). 

6. Sejukkan atas jaringan bila kek masak.

UNTUK KASTARD :- 

1. Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. 

2. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketepikan.


UNTUK JELLY
:- 

1. Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea

2. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.


UNTUK TRIFLE :- 

1 Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian 

2.  Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. ]

3. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. 

4. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. 

5. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.


6. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. 

7. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. 

8. Tabur baki buah2 tadi, rata.

9.  Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang 

10 . Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..