Followers

Saturday, November 24, 2012

PASTRY POKOK DUIT


hmmm...hari ni mood nak buat pastry plak...ni gara² my besan lah ni...MAMA NATTRAH...duk buat pastry....udah membako² semangat ummi ni tuk menambahkan lg lemak yg ado...he3

ummi copy jew lah dari mama natt ni ..sebab mama natt cakap sedap..he3...tgok mcm susah..tp bila tgok betul² stepnye..sng jew pun sebenarnye sbb semua bende instant kan....he3...

meh kite tgk resepi pastry kali ni




PASTRY POKOK DUIT
resepi asal : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)


10 batang sosej ayamas
10 keping puff pastry jenama KAWAN, bersaiz 4 inci x 4 inci
Kuning telur untuk disapu
Serbuk lada hitam yang baru dikisar
Sos pilihan untuk mencicah


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Puff pastry dibiarkan lembut sedikit, tabur tepung atas meja kerja, ambil sebatang sosej dan ukur dengan puff pastry tadi, canai sedikit puff pastry sehingga sama panjang dengan sosej. Letak sosej di tengah2 puff pastry dan lipat dua, kemas kan hujung puff pastry

2. Kerat hinnga putus sosej yang bersalut dengan puff pastry tadi sebanyak lapan bahagian sama besar. Kemudian tolak kan satu potongan ke kanan, dan satu lagi ke kiri,

3. Buat hingga semua siap dan susun atas dulang pembakar. Sapu sedikit kuning telur dan jika suka boleh tabur sedikit lada hitam.

4. Bakar pada suhu 200C selama 20 - 25 minit, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan bersama sos kegemaran.