kemalasan sedang melanda...hari² masak pun bosan...setiap pagi bangun je....1st yg terlintas kat kepala ni..nak masak ape....bila dah kul 10 x de idea lg...mulalah gelabah...x tahu nak masak ape...stress tau kadang²....korang x stress ke?
buka peti..tengok banyak daging ayam...biasa bahagian daging ni Ummi wat perencah dalam mee / nasi goreng / bubur luth je....
pastu p Google...dapat resepi ni..kebetulan bahan memang ada kat umah...and pokok kari yang Ummi tanam tu...alhamdulillah....membesar bagaikan Johan....pokok rendang je tp dah 2 anak pokok yg keluar....
orang lain maybe dah expert lauk ni....tp Ummi ni je yang jakun sikit...he3...sebab x pernah masak pun kan...
AYAM BUTTER
7-8 keping Dada ayam ( Ummi hiris panjang² lebar 2 jari )
1bj bawang Bombay ( bawang biasa pun boleh )
1bj lada merah ( Ummi potong kecik²...so anak² x perasan tu cili..)
3bj cili padi ( optional...klau x nak pedas..x yah letak )
1tangkai daun kari
1tin susu cair ( Ummi guna 1 tin sbb babah n anak² suka makan berkuah )
2sdb butter
*bahan perap
*lada hitam
*tepung jagung
*rempah kari
*1bj telur
( bahan ni semua, main agak² je )
campur semua bahan yang bertanda *
1. perap ayam dgn bahan perap selama 1jam ( at least 20mnt )
2. goreng ayam..jangan terlalu garing sebab nanti keras...angkat.
3. dlm kuali lain, cairkan butter then tumis bawang + daun kari + cili merah + cili padi hingga naik bau...
4. masukkan susu cair... kacau² sampai mendidih and perasakan dgn garam
5. masukkan ayam yg dah digoreng tadi. Gaul rata. siap!!!!