adeh..kalau dah sipu pun faiked...ape lg ler ikan bilis cam ummi ni kan....hu3....tp nasib baiklah KAK ITA buat eksperimen...and mende tu menjadi..kak ita siap bg tips camne nak dapatkan lapisan tu...and alhamdulillah..hasilnye ok lah...
tuk resepi desert ni...mmg best...cuma tuk tekak ummi ni..mcm kurang manis sikit...he3..tuk tekak babah...dia cakap ok dah sebab tang desert² ni...dia x bape nak suak klau manis sgt
CHOC OREO JELLY
resepi asal : kak ita masam manis
BAHAN² :
1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara
1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
2. Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati.
3. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
4. Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
5. Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba