Followers

Wednesday, December 14, 2011

CAKE KEREMEL



taadaaaa......
cake yg kalau tengok memang meleleh air liur...he3..
memula nak buat tu..baca step...rasa cam was² jugak nak buat tgok stepnye tu..takut cam x jadi kan...tp alhamdulillah..tgok feedback dari kengkawan yg pernah buat and jawapan² pada soalan² yg menjadi kemusykilan dapat di jawab dengan sempurna sehingga menyakin kan ummi tuk buat kek ni...he3

so..bila MR.R udah mari....laju² ummi buat kek ni..pada yg x baisa mem'baking' mmg akan rasa leceh sebab stepnye namapk mmg agak rumit sikit tp bila dah try buat..sebenarnye senang jew...senang sangat² and rasanye juga sedap sangat²...and alhamdulillah..kena nga tekak MR.BABAH yg a bape gemar makan cake ni...


KEK KAREMEL

sumber : KAK AZLITA AZIZ MASAM MANIS


Gula Hangus 

2 sudu besar gula pasir
cara² : 

1. Sediakan loyang 8 inc.
 
2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.

3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.

4. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan 

5. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.

6. Ketepikan 


Bahan Karemel

1/2 tin susu cair 
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

cara²

1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.


2. Kacau telur dan esen perlahan.

3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.

4. Ketepikan.

5. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )


Adunan Kek Bahan 1

70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air 
45ml minyak masak

cara²:

1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.


2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2

140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

cara²: 

1. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak

2. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.

3. Ketepikan.


Merinque 

6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2


cara²: 

1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering


2. Pukul putih telur hingga berbuih

3. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh

4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.

5. Gaul rata secara kaup balik

6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.


7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak. Letakkan pewarna yang anda sukai.

8. Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi. Belang- belangkan adunan

9. Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.

10. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula. Akhir sekali dengan satu sudu.

11. Lorekkan atas adunan dengan lidi.

12. Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C

13. Gunakan api bawah sahaja. 

14. Kaedah Steam Bath . Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.


15. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.


16. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.


17. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.


18. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.


19. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.


20. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.


21. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk



2 comments:

Farah Deeb said...

waduhhhh dia pun dah wat gaks! :P

catherinnezehal said...

kak FARAH : lama dah buat..cuma baru post cni..he3