Followers

Tuesday, December 13, 2011

MEE BANDUNG

bila hari² dah pekena nasi...mesti ade timenye boring kan..
and tetiba tekak ni terasa nak makan MEE BANDUNG MUAR...hu3...sedapnye kalau mak yang masak..

biasanye weekand mesti ummi akan masak menu yg bukan nasi ler...almaklum ler MR.BABAH tu perut org melayu..nak kena makan nasi...tp sejak kawin nagn ummi ni..sebab ummi ajor makan mende lain selain nasi..he3...alhamdullialh..lau makan mee sehari pun perut MR.BABAH leh tahan...x cari nasi jew dah...

ummi plak jenis org yg cepat muak lau makan mende yg sama hari²....so kena lah ubah selera kan + RAYYAN sgt suka makan MEE...kalau itu budak makan..makan takat makan MEE je lah...xdenye kuah² ni..x mo dia..

resepi ni ummi cilok dari blog kak ITA masam manis...
mmg hari² ummi akan terjah blog kak ita tuk jenguk hasil tgn kak ITA yg kreatif tu...


MEE BANDUNG
sumber : KAK AZLITA AZIZ MASAM MANIS


Bahan kisar

5 ~ 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering ~ dipoton, rendam hingga lembut dan kisar
segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus
1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah 

300 gram daging ~ potong nipis ----xde pun...ganti ngan ayam
sedikit udang fresh 
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula 
air secukupnya 
1 ikat sawi ~ dicelur
2 bungkus mee kuning ~ dicelur
limau kasturi
daun sup 
tauhu goreng
bawang goreng
1 kiub daging - xde pun
10 biji fish ball - 


1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.

2. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.

3. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa.

4. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.

5. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak

6. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi. UMMI masukkan terus fish ball, sawi dan tauhu.

7. Setelah siap semuanya, boleh lah taburkan bawang goreng, dihidang dengan mee, limau kasturi dan juga cili jeruk.


No comments: